Tuesday, November 30, 2010

KEMANA PERGINYA SOKONGAN

PKR kian hilang sokongan Melayu


2010/11/30
PRESIDEN Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS) Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad (tiga dari kiri) bersama sebahagian 200 ahli Pewaris selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Barat Daya, kelmarin.
PRESIDEN Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS) Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad (tiga dari kiri) bersama sebahagian 200 ahli Pewaris selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Barat Daya, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Cita-cita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menghapuskan konsep ketuanan Melayu boleh menjerut leher mereka sendiri kerana rakyat sudah muak dengan pelbagai slogan parti itu untuk memecahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tiga Naib Presiden UMNO juga berpendapat kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu sebagai usaha untuk menolak Perlembagaan Negara yang menjunjung peranan Raja-Raja Melayu.
Click Here
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha PKR itu akan menjejaskan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
“Tindakan mereka jelas membuktikan PKR semakin kehilangan sokongan orang Melayu... mungkin orang Melayu juga tidak lagi menjadi ahli mereka. Disebabkan ada orang Cina dan India dalam parti itu, mereka cuba mengambil hati mereka dengan slogan baru.

“Percubaan PKR untuk menjadi parti semua bangsa belum tentu berjaya kerana mereka hanyalah parti serpihan, dengan terlalu banyak ‘sampah-sarap’,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyifatkan Wan Azizah sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab yang mementingkan diri dan politiknya.

Katanya, pemimpin PKR itu juga sengaja mempersenda orang Melayu serta menimbulkan keresahan dan polemik di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Kepemimpinan PKR sanggup melakukan apa saja demi meraih sokongan rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada proses pembangunan negara jangka masa panjang.

“Saya ingin bertanya kepada Wan Azizah dan kepemimpinan PKR, adakah mereka turut menolak institusi Raja-Raja Melayu?

“Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ‘tuan’ dan selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan ketuanan Melayu, tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ketuanan Melayu sudah bermula sejak zaman Hang Tuah lagi dengan slogan 'takkan Melayu hilang di dunia'.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah berkata, ketuanan Melayu itu adalah simbolik bukan bermaksud orang Melayu mahu menjadi tuan.

"Ia bukan isu. Bila slogan itu dilaungkan bermaksud perlunya pembelaan terhadap orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment