Tuesday, November 30, 2010

HORMATI HAK MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

Tony Pua, Dap Mesti Patuhi Perkara 153 Perlembagaan -Pemuda UMNO
Oleh Mohd Faizal dan Mohd Nasri Zakariah Foto oleh Roslay Raffie

KUALA LUMPUR, 4 oGOS – Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor dan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam hari ini membuat laporan polis berhubung cadangan ‘berbahaya’ Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azahari Shaari, berkata Pua membuat kenyataan yang bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan keistimewaan Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim menegaskan, Pua membuat kenyataan yang menyinggung perasaan Bumiputera dan Melayu serta berunsur menanam keresahan di kalangan ramai dan membibitkan masalah ketenteraman awam.

“Laporan ini dibuat Pemuda UMNO Hulu Selangor sebagai membantah cadangan Tony Pua untuk memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak berkuasa khususnya pihak Polis menyiasat Tony Pua berhubung cadangannya itu. Cadangan itu dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti orang Melayu dan kaum Bumiputera yang bilangannya adalah dua pertiga daripada keseluruhan penduduk negara ini,” ujarnya selepas mengetuai penyokongnya membuat laporan Laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Azahari pula mengetuai penyokongnya membuat laporan di IPD Shah Alam.

Pada masa yang sama sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan belia membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung isu yang sama terhadap Pua.

Azahari berkata, tindakan Pua melampau terhadap orang Melayu dan Bumiputera.

“Tony Pua mesti disiasat kerana menyentuh sentimen perkauman, menimbulkan rasa tidak tenteram di kalangan ramai.

“Saya ingin mengingatkan Tony Pua dan Dap… berhenti sentuh sentimen perkauman dan hentikan cauvinsime kalau benar kamu utamakan rakyat dan negara,” tegasnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment