Monday, September 24, 2012

Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Pengenalan


MONDAY, JULY 05, 2010

Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Pengenalan

Ruhanie Ahmad
Satu daripada kategori keselamatan bukan tradisional dalam era kontemporari adalah keselamatan rejim atau keselamatan pemerintah sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, ianya adalah mengenai keselamatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditulangbelakangi oleh UMNO.

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO, kebelakangan ini terbukti amat prihatin terhadap keselamatan rejim BN. Kedua-duanya sentiasa mengeluarkan kenyataan, ingatan, serta harapan, semoga semua pihak turut prihatin terhadap hakikat yang sama.

Tetapi, keprihatinan, ingatan, dan harapan Najib serta Muhyiddin seolah-olah tidak menerima reaksi sewajarnya. baik oleh sayap-sayap terpenting dalam UMNO, mahupun oleh komponen terbesar BN di Malaysia Semenanjung.

Latarbelakang
Senario seperti ini boleh mengancam keselamatan Kerajaan BN. Memang pakatan pembangkang sendiri sedang bercelaru dan dilanda oleh pelbagai skandal dan masalah, seperti yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Tetapi, BN dan UMNO juga berada dalam keadaan yang kurang mantap.

Contohnya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO terus digerhanai oleh “krisis kredibaliti” akibat tuduhan politik wang dalam pemilihan parti tempoh hari. Ketua Pergerakan Pemuda MCA juga dilanda pelbagai tohmah dan dakwaan, terutamanya menerusi beberapa blog yang disasarkan khusus kepadanya.

Pada waktu yang sama, permuafakatan dalam BN, terutamanya di Malaysia Semenanjung, jelas rapoh. Polemik demi polemik tercetus. Sesetengah komponen BN tergamak bermain api yang impaknya membakar perasaan dan jiwa orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi penyumbang undi terbesar kepada BN.

Di dalam UMNO sendiri wujud protes senyap terhadap kredibaliti sesetengah pegawai bergaji dan tidak bergaji yang dilantik untuk berkhidmat di Ibupejabat UMNO Malaysia.

Hakikat ini bagaikan api dalam sekam. Jika tidak segera diatasi, ia boleh menyebabkan segolongan warga UMNO bersikap acuh-tak-acuh dalam perjuangannya untuk agama, bangsa, dan tanah air. Sokongan warga UMNO terhadap Kerajaan BN juga mungkin merosot.

Persoalan Pokok
Oleh sebab itu, persoalan pokok dalam tulisan ini adalah: apakah destini Kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? Jika dalam PRU12 BN kehilangan kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah; hanya menang dengan majoriti dua kerusi di Negeri Sembilan; dan gagal merampas semula Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990; apakah BN mampu menguasai semula negeri-negeri terbabit, menambahkan majoritinya di Negeri Sembilan, serta mengekalkan prestasinya di lain-lain negeri yang dikuasainya pada hari ini, menerusi PRU13?

Persoalan ini akan dirungkai menerusi pendekatan berikut. Satu, analisis terhadap BN, UMNO, serta beberapa komponen utamanya. Dua, menyorot kredibaliti kepimpinan tertinggi sayap-sayap terpenting dalam komponen utama BN. Tiga, merungkai prestasi perkhidmatan awam yang sewajarnya berperanan mengukuhkan institusi negara. Empat, memperincikan dasar-dasar baru Kerajaan BN dan impaknya kepada sokongan rakyat jelata.

Perkataan rejim mempunyai pelbagai definisi yang luas. Dari sudut yang negatif, rejim dedefinisikan sebagai sebuah kerajaan diktator yang memerintah secara represif atau menggunakan penindasan dan kekerasan.

Ia juga merujuk kepada satu kerajaan yang lemah yang mengukuhkan kedudukannya menerusi penipuan, pembohongan, manipulasi, penindasan, dan kekerasan.

Dari perspektif yang positif, rejim pula merujuk kepada suatu bentuk kerajaan, pemerintahan, sistem negara, atau sistem politik.

Kerajaan Malaysia bukannya diktator, tetapi mengamalkan sistem demokrasi. Kerajaan Malaysia juga tidak tergolong sebagai kerajaan yang lemah. Ringkasnya, Malaysia tidak pernah dikategorikan sebagai sebuah failed stated atau negara bobrok.

Definisi Rejim

Oleh sebab itu, siri ini mendefinisikan rejim sebagai parti politik yang diberikan mandat oleh rakyat jelatanya menerusi sistem pilihan raya untuk memerintah sesebuah negara dalam suatu tempoh tertentu yang ditetapkan oleh sistem kenegaraan terbabit.

Dalam konteks Malaysia, rejim yang dimaksudkan adalah Barisan Nasional (BN) yang dianggotai oleh pelbagai komponen dengan UMNO sebagai parti yang terbesar dan menjadi induk kepada komponen tersebut. Mandat pemerintahan ini diperbaharui setiap lima tahun sekali menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam konteks pemerintahan Malaysia mutakir ini, rejim yang dimaksudkan adalah kerajaan BN yang kini menjadi pemerintah di peringkat pusat dan menguasai kerajaan negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Keselamatan Rejim

Keselamatan adalah mengenai kelangsunan atau survival sesuatu entiti. Ia juga membabitkan inisiatif untuk menghapuskan ancaman kepada entiti berkenaan. Dalam konteks keselamatan rejim, ianya memfokus kepada survival rejim, kerajaan, atau pemerintah di sesebuah negara terbabit.

Keselamatan rejim juga membabitkan dayausaha untuk menghapuskan seluruh ancaman yang boleh menjejas atau memusnahkan survival serta destini rejim tersebut.

Buzan (1991:19) menegaskan, keselamatan politik (keselamatan rejim) adalah mengenai kestabilan organizational sesebuah negara, sistem pemerintahannya, dan juga ideologi yang memberikan legitimasi kepada negara dan pemerintah terbabit.

Ini bermakna bahawa keselamatan rejim adalah mengenai usaha menumpaskan seluruh ancaman kepada survival sesebuah parti politik yang menjadi paksi kepada pemerintahan di sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, hakikat ini menjurus kepada survival BN dan UMNO sebagai paksi utama kepada komponen BN.

Ancaman Rejim
Sementara itu, sasaran kepada ancaman-ancaman politik dihuraikan oleh Buzan (1991) seperti berikut:

Ancaman-ancaman politik adalah disasarkan kepada kestabilan organizational sesebuah negara. Matlamatnya pelbagai, termasuk desakan ke atas kerajaan mengenai sesuatu dasar menerusi penggulingan kerajaan terbabit; menggerakkan usaha pemisahan; atau menghuru-harakan sistem politik yang wujud sebelum sesuatu serangan ketenteraan. Idea negara (the idea of the state), terutamanya identiti nasional dan ideologinya, serta institusi negara, adalah sasaran kepada ancaman-ancaman politik. Oleh kerana negara adalah entiti politik, ancaman-ancaman politik amat ditakuti sama seperti ancaman ketenteraan. Keadaan ini lebih menonjol dalam sesebuah negara lemah. Namun begitu, walaupun sesebuah negara itu kuat dan powerful, ancaman-ancaman politik seharusnya ditakuti seperti ancaman militari (Buzan 1991:118-119).
Apa yang dimaksudkan menerusi huraian ini adalah: ancaman-ancaman politik boleh menyebabkan penggulingan sesebuah kerajaan; sasaran utamanya adalah identiti nasional, ideologi nasional, dan juga institusi negara; dan ancaman-ancaman ini sama impaknya seperti ancaman ketenteraan daripada sesebuah negara asing.

Dalam konteks Malaysia belum pernah berlaku sesuatu tindakan menggulingkan pemerintah menerusi rampasan kuasa. Tetapi, penggulingan kerajaan boleh terjadi menerusi PRU. Ini telah pun terjadi di beberapa negeri dalam PRU12.

Institusi Negara

Pada waktu yang sama, terminologi instutisi negara dalam konteks takrifan di atas adalah merujuk kepada seluruh jentera kerajaan merangkumi sektor legislatif atau pembikin undang-undang (Parlimen dan DUN); sektor eksekutif atau perkhidmatam awam serta agensi-agensi berkaitan kerajaan termasuk GLCs; dan juga sektor judisiri atau pengurus undang-undang, lebih khusus lagi Peguam Negara dan para hakim.

Oleh itu, adalah jelas di sini bahawa dalam menghujah soal keselamatan rejim, jangan sesiapa beranggapan bahawa seluruh jentera kerajaan ini tidak terlibat atau perlu berpeluk tubuh serta menjadi entiti yang non-partisan.

Hakikatnya demikian kerana sesebuah negara adalah didukung oleh ketiga-tiga institusi ini. Dan, oleh kerana idea negara adalah satu konsep politik dan konsep keselamatan, institusi negara tidak boleh memisahkan diri daripada terlibat untuk mempertahankan keselamatan negara dan juga keselamatan rejim yang memerintah negara berkenaan.

Fokus Analisis

Oleh sebab itu, persoalan pokok dalam siri ini adalah: apakah destini BN dalam PRU13? Jika dalam PRU12 BN kehilangan kuasa di beberapa negeri; hanya menang dengan majoriti dua kerusi di Negeri Sembilan; majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dikuasai pembangkang; dan BN gagal merampas semula Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990; apakah BN mampu menguasai semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, menambahkan majoritinya di Negeri Sembilan, serta mengekalkan prestasi serta kekuasaannya di lain-lain negeri yang diperintahnya pada hari ini, menerusi PRU13?

Persoalan ini akan dirungkai menerusi pendekatan berikut. Satu, analisis terhadap BN serta beberapa komponen utamanya; serta menyorot kredibaliti kepimpinan tertinggi BN dan sayap-sayap terpenting dalam komponen utama BN. Dua, merungkai prestasi dan sikap Ahli Parlimen serta DUN BN, perkhidmatan awam, dan judisiari, yang sewajarnya berperanan mengukuhkan institusi negara. Tiga, memperincikan dasar-dasar baru Kerajaan BN dan impaknya kepada sokongan rakyat jelata.

Persoalan ini penting dikaji kerana PRU13 dijangka pada 2013. Tetapi, ia juga boleh diadakan pada bila-bila masa berasaskan keputusan BN selaku parti pemerintah di peringkat pusat. Persoalan ini jadi lebih kritikal kerana BN telah dilanda tsunami siasah dalam PRU12. 

Siri ini bertujuan merungkai masalah semasa BN serta beberapa komponen utamanya---UMNO, MCA, MIC. Ketiga-tiga parti ini adalah komponen parti pemerintah yang pernah menggerakkan perjuangan kemerdekaan Malaya menerusi Perikatan pada 1957.

Masalah BN yang paling ketara adalah politiking dalaman parti UMNO, MCA, dan MIC, serta politiking tiga penjuru MCA lawan UMNO dan MIC lawan UMNO. Ini bermakna UMNO sebagai parti induk BN kini menerima serangan daripada dua penjuru.

Politiking Dalaman

Puncanya bukan kerana UMNO tidak memperjuangkan bukan Melayu seperti dulu. Hakikatnya, UMNO sentiasa menjunjung tinggi matlamat perjuangannya untuk “mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan Hak-Hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Orang Melayu dan Bumiputera (Fasal 3.6 Perlembagaan UMNO).

Punca sebenar kepada serangan ini adalah kerana MCA dan MIC dilanda proses politiking dalaman parti untuk membuktikan siapakah antara pemimpinnya yang kononnya benar-benar memerjuangkan aspirasi ahlinya dan etnik yang diwakilinya sehingga mereka tergamak untuk bersuara berasaskan racial line yang ekstrim.

Perkembangan ini terjadi atas tiga sebab khusus. Satu, kerana MCA yang mengalami kekalahan besar dalam PRU12 khuatir kehilangan pengaruh kepada DAP, dan kerana MIC yang megalami nasib yang sama, takut dihakis pengaruhnya oleh lain-lain entiti, waima entiti haram atau sah, yang vokal terhadap isu-isu kaum India.

Dua, MCA dan MIC yang juga dilanda krisis kredibiliti, tidak berani atau sengaja enggan bertegas untuk menjelaskan kepada ahli-ahlinya bahawa perkongsian kuasa menerusi BN adalah atas prinsip serta konsensus silam di mana UMNO adalah paksi kepada perjuangan politik negara.

Tiga, kerana MCA dan MIC melihat bahawa UMNO sebagai tulangbelakang BN seolah-olah dalam keadaan terdesak untuk memenangi PRU13 sehingga prinsip “sudah betis sediakan peha” seakan-akan menjadi landasan kepada seluruh layanannya kepada bukan Melayu mutakhir ini.

MCA-MIC Makin Eksploitatif
Perkembangan seperti ini menimbulkan dua implikasi. Satu, MCA dan MIC menjadi lebih eksploitatif dengan tuntutannya kepada UMNO, sementara UMNO pula jadi tersepit akibat bantahan Orang Melayu dan Bumiputera yang mahukan ianya bertegas dalam mempertahankan status quo etniki, terutama sekali mengenai hal-hal sosio-budaya dan ekonomi.

Ini semua menyebabkan proliferasi dan polirisasi sentimen perkauman antara rakyat multi keturunan. Dalam konteks ini, malangnya UMNO yang menjadi pihak yang tertuduh. MCA dan MIC pula bebas daripada sebarang kecaman.

UMNO terheret ke dalam situasi seperti ini kerana segolongan pemimpinnya di semua peringkat dan yang mewakili semua sayapnya, seolah-olah gagal untuk mengartikulasikan masalah sebenar yang dihadapi oleh BN. Dengan itu, mereka terus bungkem atau lebih serius lagi, terus menjadi pemerhati. Jika ada yang berani bersuara, suara itu pula menimbulkan paradoks---isu yang perlu dipertahan, dibangkangnya; isu yang perlu dibangkang pula, disokongnya tanpa mengambilkira keserasian tindakan itu dengan citarasa majoriti ahli UMNO!

Dilema Keselamatan Rejim
Dampak kepada semua ini adalah: BN dijebak dilema keselamatan rejim---dalam kesungguhannya untuk memenangi PRU13, rejim BN menjadi semakin destabilized; dalam kesungguhannya untuk mempertahan kuasanya, komponen BN sendiri yang membantu untuk melemahkan kuasa tersebut!

Nmun segala-galanya masih boleh diperbaiki dengan seberapa segera menerusi pelbagai pendekatan yang tegas dan komprehensif. Pertama, kepimpinan tertinggi BN terpaksa diinsafkan bahawa BN di beberapa negeri adalah parti pembangkang. Dalam situasi seperti ini seluruh pemimpin BN wajar begerak dan berjuang dengan psikologi darurat.

Psikologi Perang

Kedua, mereka terpaksalah bergerak dan berjuang dengan mentaliti untuk mengembalikan kuasa, glori, dan survival BN. Dalam situasi seperti ini, seluruh pemimpin BN kena berbincang dalam war-room situation di mana setiap gerakan dan keputusan perlu serius, precise, decisive, dan berkesan.

Ketiga, dalam situasi seperti ini juga, para jeneral yang uzur wajar dipaksa berundur ke bilik sakit atau dinasihati supaya bersara. Para leftenan yang tempeng dan cedera kembalikan mereka ke pangkuan keluarga dan berundur daripada politik.

Empat, jika sebelum ini tidak pernah dipost-mortemkan kekalahan BN dalam PRU12, ini kena dilakukan dengan seberapa segera. Hakikat getir kena ditelan, dan realiti negatif kena diterima dan dipositifkan dengan minda terbuka, ikhlas dan jujur.

Prosidur Operasi Seragam

Lima, jika terdapat seorang dua leftenen yang masih dalam servis, tetapi dicengkam krisis kredibiliti, leftenan-leftenan ini perlu diberikan kata dua---berundur atau segera diundurkan.

Enam, Ingatkan seluruh warga BN, bahawa Clausewitz---pakar strategi peperangan---pernah mengatakan bahawa “war is something in which the entire nation must take part.” Oleh itu, jika BN memang benar-benar mahu memerangi pembangkang, seluruh pemimpin dan warga BN mesti melibatkan diri. Tetapi, yang dibenarkan membabitkan diri hanyalah mereka yang tidak tempang, tidak cacat, dan tidak rendah kredibilitinya!

Tujuh, BN perlu menyediakan piawaian prosidur operasi atau standard operating procedure (SOP) yang rigid dan jelas kepada semua komponennya merangkumi seluruh arahan yang mesti dipatuhi dan larangan yang nesti dihindari, siap dengan apakah balasannya jika sesiapa bertindak sebaliknya.

Senarai war-room operation ini boleh dikembang mengikut kesesuaian dan kreativiti seluruh komponen BN, termasuklah menggerakkan bilik operasi di seluruh peringkat di serata pelusuk Negara mulai hari ini. Tetapi, the cardinal rule di sini adalah: laksanakan segala-galanya dengan senyap dan penuh kerahsiaan.

Siri ini bertujuan merungkai masalah semasa BN serta beberapa komponen utamanya---UMNO, MCA, MIC. Ketiga-tiga parti ini adalah komponen parti pemerintah yang pernah menggerakkan perjuangan kemerdekaan Malaya menerusi Perikatan pada 1957.

Masalah BN yang paling ketara adalah politiking dalaman parti UMNO, MCA, dan MIC, serta politiking tiga penjuru MCA lawan UMNO dan MIC lawan UMNO. Ini bermakna UMNO sebagai parti induk BN kini menerima serangan daripada dua penjuru.

Politiking Dalaman

Puncanya bukan kerana UMNO tidak memperjuangkan bukan Melayu seperti dulu. Hakikatnya, UMNO sentiasa menjunjung tinggi matlamat perjuangannya untuk “mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan Hak-Hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Orang Melayu dan Bumiputera (Fasal 3.6 Perlembagaan UMNO).

Punca sebenar kepada serangan ini adalah kerana MCA dan MIC dilanda proses politiking dalaman parti untuk membuktikan siapakah antara pemimpinnya yang kononnya benar-benar memerjuangkan aspirasi ahlinya dan etnik yang diwakilinya sehingga mereka tergamak untuk bersuara berasaskan racial line yang ekstrim.

Perkembangan ini terjadi atas tiga sebab khusus. Satu, kerana MCA yang mengalami kekalahan besar dalam PRU12 khuatir kehilangan pengaruh kepada DAP, dan kerana MIC yang megalami nasib yang sama, takut dihakis pengaruhnya oleh lain-lain entiti, waima entiti haram atau sah, yang vokal terhadap isu-isu kaum India.

Dua, MCA dan MIC yang juga dilanda krisis kredibiliti, tidak berani atau sengaja enggan bertegas untuk menjelaskan kepada ahli-ahlinya bahawa perkongsian kuasa menerusi BN adalah atas prinsip serta konsensus silam di mana UMNO adalah paksi kepada perjuangan politik negara.

Tiga, kerana MCA dan MIC melihat bahawa UMNO sebagai tulangbelakang BN seolah-olah dalam keadaan terdesak untuk memenangi PRU13 sehingga prinsip “sudah betis sediakan peha” seakan-akan menjadi landasan kepada seluruh layanannya kepada bukan Melayu mutakhir ini.

MCA-MIC Makin Eksploitatif
Perkembangan seperti ini menimbulkan dua implikasi. Satu, MCA dan MIC menjadi lebih eksploitatif dengan tuntutannya kepada UMNO, sementara UMNO pula jadi tersepit akibat bantahan Orang Melayu dan Bumiputera yang mahukan ianya bertegas dalam mempertahankan status quo etniki, terutama sekali mengenai hal-hal sosio-budaya dan ekonomi.

Ini semua menyebabkan proliferasi dan polirisasi sentimen perkauman antara rakyat multi keturunan. Dalam konteks ini, malangnya UMNO yang menjadi pihak yang tertuduh. MCA dan MIC pula bebas daripada sebarang kecaman.

UMNO terheret ke dalam situasi seperti ini kerana segolongan pemimpinnya di semua peringkat dan yang mewakili semua sayapnya, seolah-olah gagal untuk mengartikulasikan masalah sebenar yang dihadapi oleh BN. Dengan itu, mereka terus bungkem atau lebih serius lagi, terus menjadi pemerhati. Jika ada yang berani bersuara, suara itu pula menimbulkan paradoks---isu yang perlu dipertahan, dibangkangnya; isu yang perlu dibangkang pula, disokongnya tanpa mengambilkira keserasian tindakan itu dengan citarasa majoriti ahli UMNO!

Dilema Keselamatan Rejim
Dampak kepada semua ini adalah: BN dijebak dilema keselamatan rejim---dalam kesungguhannya untuk memenangi PRU13, rejim BN menjadi semakin destabilized; dalam kesungguhannya untuk mempertahan kuasanya, komponen BN sendiri yang membantu untuk melemahkan kuasa tersebut!

Namun segala-galanya masih boleh diperbaiki dengan seberapa segera menerusi pelbagai pendekatan yang tegas dan komprehensif. Pertama, kepimpinan tertinggi BN terpaksa diinsafkan bahawa BN di beberapa negeri adalah parti pembangkang. Dalam situasi seperti ini seluruh pemimpin BN wajar begerak dan berjuang dengan psikologi darurat.

Psikologi Perang

Kedua, mereka terpaksalah bergerak dan berjuang dengan mentaliti untuk mengembalikan kuasa, glori, dan survival BN. Dalam situasi seperti ini, seluruh pemimpin BN kena berbincang dalam war-room situation di mana setiap gerakan dan keputusan perlu serius, precise, decisive, dan berkesan.

Ketiga, dalam situasi seperti ini juga, para jeneral yang uzur wajar dipaksa berundur ke bilik sakit atau dinasihati supaya bersara. Para leftenan yang tempeng dan cedera kembalikan mereka ke pangkuan keluarga dan berundur daripada politik.

Empat, jika sebelum ini tidak pernah dipost-mortemkan kekalahan BN dalam PRU12, ini kena dilakukan dengan seberapa segera. Hakikat getir kena ditelan, dan realiti negatif kena diterima dan dipositifkan dengan minda terbuka, ikhlas dan jujur.

Prosidur Operasi Seragam

Lima, jika terdapat seorang dua leftenen yang masih dalam servis, tetapi dicengkam krisis kredibiliti, leftenan-leftenan ini perlu diberikan kata dua---berundur atau segera diundurkan.

Enam, Ingatkan seluruh warga BN, bahawa Clausewitz---pakar strategi peperangan---pernah mengatakan bahawa “war is something in which the entire nation must take part.” Oleh itu, jika BN memang benar-benar mahu memerangi pembangkang, seluruh pemimpin dan warga BN mesti melibatkan diri. Tetapi, yang dibenarkan membabitkan diri hanyalah mereka yang tidak tempang, tidak cacat, dan tidak rendah kredibilitinya!

Tujuh, BN perlu menyediakan piawaian prosidur operasi atau standard operating procedure (SOP) yang rigid dan jelas kepada semua komponennya merangkumi seluruh arahan yang mesti dipatuhi dan larangan yang nesti dihindari, siap dengan apakah balasannya jika sesiapa bertindak sebaliknya.

Senarai war-room operation ini boleh dikembang mengikut kesesuaian dan kreativiti seluruh komponen BN, termasuklah menggerakkan bilik operasi di seluruh peringkat di serata pelusuk Negara mulai hari ini. Tetapi, the cardinal rule di sini adalah: laksanakan segala-galanya dengan senyap dan penuh kerahsiaan.

Keselamatan rejim BN sedang terancam. Inilah persepsi umum di kalangan rakyat biasa Malaysia mutakhir ini. Sukar untuk dipastikan sama ada ini adalah realiti. Tetapi, persepsi berperanan besar dalam politik.

Persepsi ini muncul berdasarkan pelbagai indikator politik dalaman BN dan luaran BN serta dinamikanya. Antaranya adalah seperti berikut:

Pemuda UMNO
Sayap penting UMNO ini didakwa sebagai lemah dan gagal memahami aspirasi sebenar Melayu dalam kerangka politik kontemporari. Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan PERKASA dikatakan sebagai menyebabkan ramai lagi orang Melayu berasa kecewa dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sayap ini juga dikatakan sebagai kehilangan idealism dalam perjuangannya membela orang Melayu. Seluruh persepsi ini wajar ditangkis secara berhemah dan segera. Pastinya Ketua Pemuda UMNO Malaysia cukup berwibawa untuk bertindak secara positif dan efektif dalam konteks ini.

Karenah MCA
Persepsi segolongan orang Melayu terhadap MCA amat negatif. Mereka beranggapan suara MCA mutakhir ini seolah-olah hampir senada suara parti pembangkang Chinese-based. Kenyataan provokatif Lee Kuan Yew terhadap Malaysia tempohari disifatkan sebagai indikator dan manifestasi kepada kecelaruan permuafakatan komponen bukan Melayu dalam BN ini. Lantaran itu, wujud segolongan orang Melayu bimbang akan kemenangan BN di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang mempunyai 51 peratus majoriti pengundi bukan Melayu. Bagaimanakah persepsi ini mahu dimansuhkan sebelum PRU13 kelak?

Warga Perkhidmatan Awam
Jika ditinjau kembali posting awal dalam siri ini, terbukti bahawa warga perkhidmatan awam sama-sama berperanan penting dalam mempertahankan keselamatan rejim negaranya. Oleh sebab itu tidak wujud dictum bahawa kononnya mereka perlu bersikap neutral. Dalam konteks ini, persepsi umum menyatakan bahawa warga perkhidmatan awam perlu sama-sama berusaha untuk menjamin kemenangan BN dalam PRU13. Lantas, apakah usaha yang akan dilaksanakan?

Orang Besar BN
Paling serius lagi, ada persepsi mengatakan bahawa segelintir Orang Besar BN sendiri kononnya sudah hilang keyakinan terhadap kemenangan BN dalam PRU13. Mereka kini didakwa sebagai sibuk menyiap-sediakan langkah-langkah menyelamatkan tengkok dan tembolok masing-masing. Persepsi ini meluas, tetapi mungkin juga fitnah dan dakyah semata-mata. Tetapi, jika inilah realitinya, apakah cara untuk mengatasinya?

Gelagat Menteri

Kini wujud persepsi negatif terhadap gelagat segelintir Menteri. Kenyataan-kenyataan mereka boleh jadi bagaikan nila setitik yang akan merosakkan susu sebelanga. Segelintir Timbalan Menteri juga dikatakan tergolong dalam kategori ini. Gelagat mereka bukan sahaja menyebabkan segolongan rakyat jadi marah, malahan menyebabkan segolongan warga perkhidmatan awam hilang hormat kepada individu terbabit dan parti yang diwakilinya.

Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Orang UMNO ramai beranggapan bahawa pengurusan Ibu Pejabat UMNO masa ini disamakan dengan pengurusan korporat. Ahli-ahli yang berkunjung untuk berurusan terpaksa mengisi borang dan sebagainya. Di samping itu terdapat seorang bos tertentu dikatakan bertindak lebih semberono dan menyebabkan kemarahan ahli-ahli UMNO serta melemahkan morale kakitangan Ibu Pejabat UMNO. Soalnya, adakah ini hakikat dan bila agaknya punca kekalutan ini mahu diatasi?

Tindakan Tegas
Seluruh persepsi di atas penting untuk dihalusi dan dimansuhkan. Ini menuntut kepimpinan negara bertindak tegas terhadap kesemuanya. Jadikanlah impak persepsi terhadap kepimpinan pasca Najib dalam PRU12 sebagai pengajaran untuk membolehkan kepimpinan mutakhir ini bertindak menyelamatkan rejim BN dan kekuasaannya.
Dalam siri terawal ditegaskan bahawa keselamatan sesebuah rejim bergantung kepada perjuangan parti pemerintah, para menteri, pembantu-pembantunya, serta warga institusi negara, iaitu kakitangan awam di semua peringkat.

Jika salah satu komponen ini pincang, menyalahgunakan kuasa, atau bertindak semberono, impak negatifnya adalah kepada rejim yang akan diadili oleh para pengundi dalam Plihan Raya Umum (PRU).
Pegawai Menteri 
Oleh itu, siri ini akan memfokus kepada karenah segelintir pegawai menteri atau para pegawai menteri besar BN yang bertindak berleluasa menyebabkan banyak pihak kecewa dengan sifat mereka.

Kekecewaan umum ini menyebabkan menteri mereka disumpah seranah oleh sesetengah rakyat jelata. Sumpah seranah ini juga pasti akan dijelmakan dalam bentuk undi protes dalam PRU.

Siri ini menyenaraikan beberapa kisah benar membabitkan beberapa pegawai menteri dan menteri besar BN. Nama mereka tidak akan disebut. Tetapi, kisah mereka adalah hakiki.

Satu: seorang pegawai khas seorang menteri telah menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan memberikan arahan supaya MOF mengizinkan sebuah syarikat membekalkan satu barangan kepada satu agensi di bawah kementerian berkenaan menerusi kontrak secara runding terus untuk selama 15 tahun.

MOF pun menghubungi agensi terbabit untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih. Agensi terbabit terkejut besar kerana ianya bercadang untuk mendapatkan barangan tersebut secara tender terbuka. Tidakkah karenah seperti ini menyebabkan banyak pihak terkilan dengan kelompok pegawai khas seperti ini?

Dua: Seorang usahawan mengemukakan cadangan kepada sebuah kementerian untuk membekalkan sesuatu barangan kepada satu agensi di bawah kementerian tersebut. Tiba-tiba, usahawan tersebut mendapat tahu bahawa proposalnya disampaikan kepada agensi terbabit tetapi sesudah ditukar nama syarikatnya kepada satu syarikat lain yang tidak dikenali asal usulnya.

Amalan ini banyak diperkatakan dan pastinya menjadikan sesetengah usahawan kecewa dengan pihak yang menyalahgunakan kuasa seperti ini.

Tiga: Seorang usahawan memajukan permohonan sebidang tanah kepada seorang menteri besar menerusi seorang wanita yang nama ayahnya sama dengan nama ayah menteri besar terbabit.

Wanita tersebut telah mengambil wang sejumlah melebihi satu juta ringgit daripada usahawan berkenaan atas alasan untuk membayai majlis-majlis politik UMNO di negeri terbabit.

Kini wang sudah lesap, tanah tidak diperolehi, malahan wanita itu juga marah-marah apabila didesak untuk membereskan urusan permohonan tanah berkenaan.

Dalam kes ini nama menteri besar dijual secara borong oleh wanita berkenaan. Bagaimana jika kes ini jatuh ke tangan pembangkang yang sedang aktif menyediakan profile salahguna kuasa oleh pihak BN di seluruh negara?

Pokoknya, memang para menteri dan ramai pegawai menteri yang berprinsip dan sentiasa menjunjung nama baik rejim dan parti. Tetapi, tidakkah kes contoh di atas menjadi seperti akibat nila setitik, rosak susu sebelanga?
Menjual Nama 
Karenah kedua adalah perbuatan segelintir orang parti dan pegawai parti menjual nama sesetengah menteri atau isterinya. Sebuah agensi kerajaan pernah memberikan kontrak secara tender runding terus kepada sekumpulan pegawai menteri atas cara ini.

Akibatnya, tender untuk kerja berkenaan baru siap kira-kira satu per lapan, wang beratus ribu sudah diberikan kepada kumpulan berkenaan, tetapi kerjanya terbengkalai dan terpaksa ditenderkan semula.

Ada juga pihak pegawai parti menggunakan nama isteri menteri tertentu untuk mendapatkan faedah diri sendiri. Tiada pihak berani mendapatkan kepastian daripada isteri menteri terbabit. Dengan itu, pegawai berkenaan pun mendapatkan habuan peribadi yang dihajatinya.

Sekali lagi, ini perbuatan yang boleh menyebabkan parti berkenaan rosak dan dibenci ramai. Bagaimana hendak dibetulkan karenah seperti ini?

Aktiviti Pembangkang

Ada pihak mendakwa bahawa kini terdapat sesetengah pihak yang kecewa dengan kerajaan sengaja membocorkan rahsia kepada pihak pembangkang.

Dakwaan seperti ini serius implikasinya. Walaupun pihak pembangkang memang sedang bercelaru, gaduh sama sendiri hinggakan baling-baling kerusi, apa akan jadi jika maklumat yang dibocorkan ini dijadikan senjata untuk mengkahis kredibiliti kerajaan? Siapa bertanggungjawab untuk menyekat aktiviti seperti ini?

Oleh itu, persoalan pokok untuk siri ini adalah, bagaimanakah seluruh karenah di atas akan diatasi oleh pihak pemerintah? Dan, siapakah yang bertanggungjawab untuk membanterasnya? 

Siri satu hingga lima di bawah tajuk ini menerima 59 komen yang memanifestasikan sentimen politik semasa terhadap pemerintahan BN serta warga institusi negara, termasuk segelintir orang besar parti serta pegawai-pegawai menteri.

Komen-komen tersebut memberikan indikasi bahawa Kerajaan BN seolah-olah berada dalam situasi yang kurang mantap. Sama ada ini realiti atau ilusi, terserahlah kepada BN untuk mentafsirkannya.

Tetapi, jika sentimen rakyat yang diluahkan menerusi blog-blog Malaysia menjelang PRU12 boleh dijadikan asas perbandingan, maka adalah tidak bijaksana jika komen-komen mengenai Kerajaan BN di alam siber mutakhir ini tidak dianalisis secara ikhlas dan jujur oleh pihak BN serta diberikan solusi yang segera lagi efektif.

Dalam pada itu, terdapat juga komen-komen sensitif yang saya tidak siarkan untuk mengelakkan kontroversi dan mungkin tindakan undang-undang.

Kesimpulan
Kesimpulannya, keselamatan rejim BN mutakhir ini diancam oleh masalah intra dan inter-party dalam BN, khususnya dalam UMNO, serta antara UMNO dan MCA.

Rejim BN juga diancam oleh persepsi negatif segolongan rakyat jelata terhadap segelintir warga institusi negara, termasuk pegawai-pegawai lantikan politik, khususnya dalam konteks salahguna kuasa.

Persepsi seperti ini menyebabkan majoriti warga institusi negara yang dedikasi dan bersungguh-sungguh menjunjung slogan 1Malaysia turut tercemar nama baik mereka.

Huraian di atas bermakna bahawa ancaman daripada pembangkang tidak merupakan isu besar jika BN ketika ini benar-benar pukal kemuafakatannya dan seluruh warga institusi negara pula amat insaf akan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan pemerintahan negara.

Oleh itu, Kerajaan BN serta Ibupejabat BN perlu mengatur strategi tegas dan berkesan untuk mencorakkan suasana yang lebih positif menjelang PRU13 kelak.

Bagaimanapun, strategi tersebut tidak seharusnya dalam bentuk konsesi atau akomodasi politik. Strategi berkenaan wajar difokuskan kepada niat memperbaiki organisasi BN dan mengentalkan semangat juang anggotanya di semua peringkat demi untuk menebus prestasi BN dalam PRU12 menerusi PRU13.

MELAYU HILANG DI DUNIA PADA ABAD KE 21?


WEDNESDAY, DECEMBER 15, 2010


DIGNITI MELAYU DI ABAD KE-21

RUHANIE AHMAD

Artikel ini difokuskan khusus kepada persoalan digniti Melayu kontemporari untuk menyanggah pelbagai polemik mengenai ketuanan Melayu yang kebelakangan ini dipolitikkan oleh sesetengah golongan di Malaysia. Ianya bertujuan supaya polemik berkenaan tidak berlarutan sehingga mengancam keselamatan dan perpaduan nasional yang dibina asasnya menerusi Perlembagaan Persekutuan.

Hipotesis artikel ini adalah: konsep ketuanan Melayu bukannya elitis, tidak diwujudkan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, atau untuk mencanggahi aspirasi melahirkan bangsa Malaysia yang bermaruah di hari muka. Sebaliknya, konsep ini wujud untuk memberikan digniti kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang jadi daif serba-serbinya akibat penjajahan selama 446 tahun. Dalam ertikata lainnya, ketuanan Melayu adalah konsep anti-penjajahan biar dalam bentuk apa sekalipun dalam era pasca-merdeka.

Hakikatnya sedemikian kerana Persekutuan Tanah Melayu adalah entiti negara yang diwujudkan oleh para pemimpin multi-keturunan menerusi kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957. Malaysia juga terbentuk daripada permuafakatan multi-etnik di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura.

Maksudnya, sebelum Tanah Melayu dijajah mulai 1511 hingga 1957, bumi ini adalah gabungan negeri-negeri Melayu yang dikategorikan sebagai nation-state atau negara-bangsa kerana majoriti rakyatnya terdiri daripada satu rumpun bangsa yang sama, berkogsi sejarah dan warisan budaya yang serupa, serta berasal daripada wilayah geografi yang satu, iaitu kepulauan Nusantara (rujuk Buzan 1983:36-72).

Realiti sejarahHakikat ini diakui oleh pelbagai sejarawan asing dan tempatan. Purcell (1965:40) menegaskan “dari sejarahnya, Malaya adalah negara Melayu.” Oleh sebab itulah “dasar British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua bersifat pro-Melayu dan menerima hakikat bahawa Tanah Melayu adalah untuk masyarakat Melayu” (Mohd Ashraf Ibrahim 2004:50).

Lantaran itu juga “pentadbir-pentadbir British memandang istimewa terhadap orang Melayu. Mereka menganggap orang Melayu sebagai penduduk bumiputera Malaya. Mereka mengakui bahawa orang Cina mempunyai peranan ekonomi yang penting tetapi ini bukanlah memberi orang Cina hak untuk memainkan peranan dalam politik. Malaya adalah tanah air orang Melayu” (Saunders 1978:35).

Selanjutnya, Tanah Melayu dan bangsa Melayu adalah negara dan bangsa yang telah mencipta tamadunnya di era Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu sudah wujud undang-undang syariah dan undang-undang maritim Melayu yang komprehensif.

Contohnya, “kurun ke-15 adalah satu peringkat di mana, secara umumnya, kegiatan ahli-ahli hukum berkisar kepada pengkanunan prinsip-prinsip shari’ah” dan “Undang-Undang Laut Melaka ialah kanun yang mengandungi hukum dan peraturan di laut yang berkaitan dengan tatacara dan undang-undang pelayaran serta penggunaan kapal” (Abdul Aziz Bari 2008:306-307).

Seluruh huraian di atas membuktikan Malaysia bukannya sebuah state-nation atau negara majmuk sejak sebelum era penjajahan. Sebaliknya, Malaysia hanya menepati kategori state-nation kerana kemerdekaannya diperjuangkan oleh bangsa Melayu menerusi UMNO, keturunan Cina menerusi MCA, dan keturunan India menerusi MIC, dan kewarganegaraannya pula merangkumi seluruh keturunan ini serta lain-lain kelompok etnik di Sabah dan Sarawak.

Sejarah silam juga membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai dignitinya yang tersendiri sejak berkurun lamanya. Lantas, bukan satu jenayah untuk membicarakan konsep ketuanan Melayu dalam konteks Malaysia kontemporari. Ini kerana bangsa Melayu adalah bangsa yang wujud bersama sejarah bumi Melayu yang kini diidentitikan sebagai Malaysia.

Konsep ketuanan Melayu juga tidak boleh ditafsirkan sebagai instrumen penindasan atau pendiskriminasian terhadap rakyat bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Sebaliknya, konsep ini diterjemahkan ke dalam pelbagai dasar dan program pemerintah supaya wujud keseimbangan dalam survival dan digniti warganegara Malaysia yang berbilang keturunan dalam era merdeka.

Perlembagaan PersekutuanPerjuangan memajmukkan Tanah Melayu menerusi kemerdekaan tidak diterima sepenuhnya oleh majoriti bangsa Melayu di era pra-merdeka. Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Perikatan terpaksa menghadapi cabaran serius daripada kalangan UMNO dan bangsa Melayu di luar UMNO yang mencurigai implikasi perjuangan memerdekakan negara bersama-sama keturunan Cina dan India di hari muka.

Tetapi, Tunku Abdul Rahman tetap bertegas. Beliau menegaskan “ada yang berkata kita (orang Melayu) hendak berlawan dengan Raja-Raja Melayu. Tetapi, tuduhan yang palsu ini tidak ada tempat dalam perjuangan kita kerana kita telah mengisytiharkan bersama-sama MCA bahawa kita akan menjaga dan memelihara taraf Raja kita dan juga agama kita yang maha suci” (Tunku Abdul Rahman 2009:76).

Kenyataan ini membuktikan bahawa kemerdekaan tanah air pada 1957 adalah perjuangan yang mengiktiraf keindukan Melayu, status Raja-Raja Melayu, serta kedudukan Islam sebagai agama orang Melayu. Ia juga membuktikan bahawa ketuanan Melayu diiktiraf oleh seluruh pejuang kemerdekaan yang multi-keturunan bukan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, tetapi untuk memanifestasikan kesinambungan sejarah kewarganegaraan Melayu di bumi Melayu dalam era pra-penjajah.

Antara buktinya, Perikatan secara sebulat suara memperakukan bahawa Islam dijadikan “agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu” (Ahmad Ibrahim1978:48). Perikatan juga menyetujui supaya Perlembagaan Persekutuan memaktubkan perkara khusus mengenai struktur kewarganegaraan rakyat jelatanya yang berbilang kaum “untuk mengelakkan kebimbangan mereka bahawa struktur kewarganegaraan ini akan dipinda jika ianya digubal menerusi undang-undang biasa” (Sinnadurai 1978:93).

Hakikat ini membuktikan bahawa perkara khusus mengenai Islam dan struktur kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara dua peruntukan penting yang dimaktubkan sebagai manifestasi permuafakatan bangsa Melayu, keturunan Cina, dan keturunan India dalam era menjelang merdeka.

Kedua-dua peruntukan ini bukannya dimaktubkan atas dasar ketuanan Melayu. Sebaliknya, atas dasar kesinambungan sejarah pra-merdeka dan atas dasar memelihara keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional.

Lantas, apakah kaitannya konsep ketuanan Melayu dengan kedua-dua peruntukan ini sehingga wujud pihak yang mencadangkan supaya konsep ini digantikan dengan konsep ketuanan rakyat kononnya “supaya anak-anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu bermaruah”? (rujuk Suara Keadilan 27 November 2010, Utusan Malaysia 28 November 2010, Berita Harian 28 November 2010, Bernama 2 Disember 2010 dan the Malay Mail 2 Disember 2010).

Dasar afirmatif
Konsep ketuanan Melayu juga sering dikecam menerusi perspektif dasar afirmatif kerajaan yang berpaksikan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, tidak ramai antara kita menyedari hakikat bahawa dasar-dasar berkenaan adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan insan, keselamatan ekonomi dan keselamatan nasional Malaysia selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberikan digniti kepada insan manusia (rujuk mukadimah the Universal Declaration of Human Rights 1948).

Lantaran itu, segelintir parti siasah yang mendakwa sebagai jaguh hak asasi manusia sejagat semestinya menginsafi hakikat bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera adalah kelompok warganegara Malaysia yang kehilangan digniti ekonomi dan sosialnya akibat polisi-polisi penindasan sistemik penjajah yang silih berganti selama 446 tahun.

Lantas, apa faedahnya dibangkit dan diungkit soal kuota 30 peratus yang dikhususkan kepada Melayu dan Bumiputera menerusi Dasar Ekonomi Baru apabila kedua-dua kelompok ini langsung tidak pernah mempersoalkan kuota 70 peratus yang dinikmati oleh bukan Melayu dan kapitalis asing di Malaysia selama ini?

Oleh sebab itulah orang Melayu dan Bumiputera menyifatkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai dasar afirmatif yang berindukan perkara ini “sebagai sesuatu yang suci, manakala sesetengah orang bukan Melayu mempersoalkan peruntukan tersebut adalah berkaitan dan mengikat hingga ke hari ini. Mengikut mana-mana tafsiran yang munasabah, manka peruntukan tersebut di dalam Perlembagaan adalah bahawa kesejahteraan ekonomi dan sosial orang Melayu yang lemah dari segi ekonomi hendaklah dilindungi dan digalakkan berbanding dengan orang bukan Melayu yang lebih maju” (Faaland, Parkinson & Rais Saniman 2002:16).

Sebagai balasan kerana diberikan perlindungan menerusi Perkara 153 “orang Melayu mengadakan konsesi yang berpadu mengikut kuasa politik dengan memberikan kewarganegaraan Persekutuan kepada orang bukan Melayu. Sebagai tambahan, orang bukan Melayu dijaminkan bahawa mereka bebas menjalankan perniagaan tanpa diganggu, dan mereka juga boleh mengekalkan dan mengembangkan budaya serta warisan bahasa mereka sendiri, dan boleh hidup secara berasingan” (ibid: 17).

Demikianlah hakikatnya semangat yang lahir daripada konsep ketuanan Melayu yang dijelmakan menerusi Perikatan dalam era menjelang kemerdekaan tanah air. Konsep tersebut tidak pernah membakar atau menyemarakkan sentimen perkauman di Malaysia sebelum munculnya konsep Malaysian Malaysia dalam tempoh 1963-1965 yang mempertikaikan seluruh perkara strategik dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya mengenai Bahasa Melayu, Agama Islam, dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera (rujuk Ghazali Ismail 1990).

Setelah Singapura tersingkir daripada Malaysia pada 1965, konsep Malaysia Malaysia diteruskan perjuangannya oleh DAP sebagaimana terkandung dalam the Setapak Declaration yang diperakukan dalam kongres DAP pertama pada 29 Julai 1967. Deklarasi tersebut “menjadi prinsip panduan perjuangan DAP sejak kelahirannya” (salinankarbon.com 14 Julai 2009).

DAP mengaplikasikan prinsip deklarasi ini dalam PRU 1969 dengan “menyerang MCA kerana menyerahkan hak-hak keturunan Cina kepada UMNO menerusi Perikatan. Pletfom DAP ketika itu adalah Setapak Declaration of Principles yang secara prinsipnya menentang hegemoni Melayu dan menyokong konsep Malaysian Malaysia” (Comber 2001:65).

Ini membuktikan bahawa isu mengenai struktur kewarganegaraan Malaysia, Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu, dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera hanya menjadi isu politik akibat kemunculan konsep Malaysian Malaysia yang kemudiannya diperjuangkan oleh segolongan parti pembangkang di Malaysia.

Contohnya, sepanjang kempen Pilihan Raya Umum 1969 “segolongan calon pembangkang telah menyerang Perlembagaan menerusi perspektif perkauman. Mereka memutarbelit dan menyalahtafsirkan sesetengah peruntukan dalam Perlembagaan, terutamanya Perkara 152 dan 153. Mereka mendesak supaya Perkara 153 yang memberikan perlindungan kepada keistimewaan Melayu dimansuhkan” (Tun Abdul Razak Hussein dalam Majlis Gerakan Negara 1969:v).

Kesimpulan
Kesimpulannya, ketuanan Melayu adalah konsep yang memanifestasikan kesinambungan sejarah dan tamadun Melayu sebelum tanah air ini dijajah selama 446 tahun. Ia bukannya konsep yang menglorifykan bangsa Melayu. Sebaliknya, adalah konsep yang memberikan digniti kepada bangsa Melayu sama seperti digniti keturunan bukan Melayu di negara asal masing-masing.

Dalam ertikata lain, konsep ketuanan Melayu tidak menggugat survival bukan Melayu di Malaysia. Sebaliknya, konsep Malaysian Malaysia yang dijelmakan semangatnya ke dalam the Setapak Declaration 1976 yang terbukti telah menggugat keselamatan insan, keselamatan politik, keselamatan ekonomi, keselamatan masyarakat, dan keselamatan nasional di Malaysia.

Maka, adalah meleset untuk menyifatkan konsep ketuanan Melayu bertujuan mengagung-agungkan bangsa Melayu dan bercanggah dengan kewujudan bangsa Malaysia yang bermaruah di hari muka. Konsep ketuanan Melayu lahir untuk memberikan digniti kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang jadi daif serba-serbinya akibat penjajahan. Konsep ketuanan Melayu adalah konsep anti-penjajahan biar dalam bentuk apa sekalipun dalam era kontemporari.