Tuesday, November 30, 2010

SIRI PENDIDIKAN PERLEMBAGAAN

Pinggirkan Ketuanan Negara Tergadai

Langkah sumbang salahkan lantai,
Binasa badan bicara tak kawal,
Pinggirkan ketuanan negara tergadai,
Hilang maruah bangsa terjual.

Tanah ini Tanah Melayu,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan tanahmu,
Pertahankan tanahair, pertahankan hak bangsa.

Pergi ke kedai tergesa-gesa
Hendak membeli gula Melaka
Malaysia maju rakyat sentosa
Negara aman bebas merdeka

Sesak sungguh di kaki lima
Penat berjalan sakitlah peha
1Malaysia slogan bersama
Asalkan ada daya usaha

Terketar-ketar si penjual roti
Hendak seberang sebatang titi
Berbudi bahasa hormat menghormati
Jadilah warga elok pekerti

Di ceruk kampung pakai jalur lebar
Usaha kerajaan BN tak sia-sia
Jalur Gemilang megah berkibar
Simbol perpaduan rakyat Malaysia

Dapur kotor mahu disental
Habis tertumpah kuah laksa
Jatidiri hendaklah kental
Semangat waja membangunkan bangsa

Bahasa Melayu ejaan rumi
Mula belajar di rumah lagi
Agama Islam agama rasmi
Rukunegara wajib patuhi

Masuk hutan menembak rusa
Nikmat rezeki Tuhan kurnia
Marilah bersama membuat jasa
Malaysia harum di persada dunia

HAJI Z
KUALA LUMPUR

MARI DAULATKAN PERLEMBAGAAN..

Hidup UMNO, Hidup Melayu
 

Pantun Perjuangan Ketua Penerangan UMNO

KUALA LUMPUR 28 JULAI – Walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sempat meluangkan masa menukilkan pantun sebagai renungan perjuangan.

Berikut pantun berkait yang beliau hasilkan buat tatapan kita semua.

Zaman bahari hebat pendekar
Habis tanah mereka tawan
Hidup berani kerana benar
Rajin amanah jadi pegangan

Habis tanah mereka tawan
Sejarah keramat demi maruah
Rajin amanah jadi pegangan
Itulah semangat membawa tuah

Budaya bangsa jadi pusaka
Pantun seloka sajak syair
Alif Ba Ta perjuangan kita
Agama, bangsa dan tanahair

Pantun seloka sajak syair
Sungguh merdu ditiup bayu
Agama, bangsa dan tanahair
Hidup UMNO, Hidup Melayu

DEMI MENDAPAT SOKONGAN BUKAN MELAYU

Kenyataan Wan Azizah Pertikai Ketuanan Melayu Timbulkan Keresahan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep “Ketuanan Melayu” sebagai sangat tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, kenyataan itu juga menimbulkan keresahan dan polemik pada kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Hanya kerana pertimbangan politik, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah dengan sengaja mempersenda orang Melayu dengan mendakwa parti itu menolak hak dan kedudukan orang Melayu yang selama ini telah diterima oleh semua pihak.
“Sekiranya tiada mana-mana pihak sengaja mengipaskan sentimen perkauman, isu ini tidak akan timbul,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata kenyataan tersebut jelas menunjukkan pembangkang sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan maksud sebenar ketuanan Melayu.
“Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini “Tuan”. Selama berpuluh tahun Umno membawa perjuangan ketuanan Melayu, tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba.
“Semua pihak dapat melihat begitu ramai bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu. Orang bukan Melayu dibiarkan bebas menentukan nasib mereka sendiri tanpa batasan,” katanya.
Hishammuddin berkata, kenyataan Dr. Wan Azizah itu juga menunjukkan pucuk pimpinan PKR sanggup melakukan apa saja demi meraih sokongan rakyat tanpa mengambil kira impaknya kepada proses pembangunan negara dalam jangka panjang.
“Saya ingin bertanya kepada Wan Azizah dan pimpinan PKR, adakah mereka turut menolak institusi raja-raja Melayu? Apa yang ditimbulkan oleh PKR jelas sekali cuba untuk merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Kita tidak mahu institusi Kesultanan Melayu turut direndah-rendahkan,” katanya.
Beliau juga menyifatkan ideologi yang dibawa kepimpinan PKR khususnya menerusi Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamai konsep Malayan Union yang cuba diperkenal penjajah dan ditolak kerana meminggirkan peranan serta sumbangan sultan dan raja-raja Melayu.
“Tindakan beliau (Anwar) ternyata sengaja menidakkan Perlembagaan dan Undang-undang negara,” katanya.

HORMATI HAK MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

Tony Pua, Dap Mesti Patuhi Perkara 153 Perlembagaan -Pemuda UMNO
Oleh Mohd Faizal dan Mohd Nasri Zakariah Foto oleh Roslay Raffie

KUALA LUMPUR, 4 oGOS – Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor dan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam hari ini membuat laporan polis berhubung cadangan ‘berbahaya’ Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azahari Shaari, berkata Pua membuat kenyataan yang bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan keistimewaan Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim menegaskan, Pua membuat kenyataan yang menyinggung perasaan Bumiputera dan Melayu serta berunsur menanam keresahan di kalangan ramai dan membibitkan masalah ketenteraman awam.

“Laporan ini dibuat Pemuda UMNO Hulu Selangor sebagai membantah cadangan Tony Pua untuk memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak berkuasa khususnya pihak Polis menyiasat Tony Pua berhubung cadangannya itu. Cadangan itu dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti orang Melayu dan kaum Bumiputera yang bilangannya adalah dua pertiga daripada keseluruhan penduduk negara ini,” ujarnya selepas mengetuai penyokongnya membuat laporan Laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Azahari pula mengetuai penyokongnya membuat laporan di IPD Shah Alam.

Pada masa yang sama sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan belia membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung isu yang sama terhadap Pua.

Azahari berkata, tindakan Pua melampau terhadap orang Melayu dan Bumiputera.

“Tony Pua mesti disiasat kerana menyentuh sentimen perkauman, menimbulkan rasa tidak tenteram di kalangan ramai.

“Saya ingin mengingatkan Tony Pua dan Dap… berhenti sentuh sentimen perkauman dan hentikan cauvinsime kalau benar kamu utamakan rakyat dan negara,” tegasnya. -MediaUMNO

HAK MELAYU, BUMIPUTERA DAN BUKAN MELAYU

Jangan Nafi Hak Melayu Di Bumi Sendiri – Rahim Thamby Chik

KUALA LUMPUR 28 Julai – Cadangan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua supaya dimansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor dilihat sebagai cubaan menidakkan hak orang Melayu di bumi sendiri.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (gambar) berkata, cadangan itu satu tindakan berbaur perkauman.

Beliau berkata, Tony sepatutnya menyelidik terlebih dahulu perbezaan kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pemberian diskaun kepada kaum bumiputera telah dilaksanakan sejak sekian lama seperti diketahui masyarakat umum dan hak tersebut tidak boleh dinafikan.

“Cukuplah kaum bukan bumiputera menguasai sebahagian besar ekonomi negara, jangan pula hendak menggubal akta sendiri agar ekonomi kaum bumiputera terus ke belakang,” katanya kepada ‘Utusan Malaysia’ di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sambutan baik kerajaan negeri Selangor terhadap cadangan DAP agar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan.

Akhbar ini turut memetik kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap cadangan oleh Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP itu rasional kerana hanya melibatkan hartanah bernilai tinggi.

Menurut Abdul Rahim, Tony sepatutnya memperhalusi cadangannya itu dan mengambil kira realiti ekonomi negara sekarang yang menampakkan jurang ekuiti antara kaum.

“Pemberian diskaun sebanyak lima peratus itu tidak sedikit pun menjejaskan pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar pula berkata, pemimpin Melayu yang bersubahat dengan DAP di Selangor mesti memikirkan juga nasib bangsanya.

“Hak kaum bumiputera tidak seharusnya dipolitikkan. Cadangan Tony itu menunjukkan DAP sememangnya ingin menjatuhkan bangsa Melayu dan mengamalkan politik sempit,” katanya.

Tambahnya, walaupun cadangan tersebut hanya melibatkan hartanah komersial dan rumah mewah, ia jelas menunjukkan DAP mula menidakkan keistimewaan orang Melayu.

Dalam pada itu, Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, orang Melayu sekarang perlu sedar dan bersatu demi memelihara hak mereka.

“Jangan sampai semua tergadai dan terpaksa tidur di atas pokok baru kita nak sedar hak kita yang sebenar,” katanya. – Utusan/MediaUMNO

KEMANA PERGINYA SOKONGAN

PKR kian hilang sokongan Melayu


2010/11/30
PRESIDEN Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS) Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad (tiga dari kiri) bersama sebahagian 200 ahli Pewaris selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Barat Daya, kelmarin.
PRESIDEN Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS) Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad (tiga dari kiri) bersama sebahagian 200 ahli Pewaris selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Barat Daya, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Cita-cita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menghapuskan konsep ketuanan Melayu boleh menjerut leher mereka sendiri kerana rakyat sudah muak dengan pelbagai slogan parti itu untuk memecahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tiga Naib Presiden UMNO juga berpendapat kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu sebagai usaha untuk menolak Perlembagaan Negara yang menjunjung peranan Raja-Raja Melayu.
Click Here
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha PKR itu akan menjejaskan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
“Tindakan mereka jelas membuktikan PKR semakin kehilangan sokongan orang Melayu... mungkin orang Melayu juga tidak lagi menjadi ahli mereka. Disebabkan ada orang Cina dan India dalam parti itu, mereka cuba mengambil hati mereka dengan slogan baru.

“Percubaan PKR untuk menjadi parti semua bangsa belum tentu berjaya kerana mereka hanyalah parti serpihan, dengan terlalu banyak ‘sampah-sarap’,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyifatkan Wan Azizah sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab yang mementingkan diri dan politiknya.

Katanya, pemimpin PKR itu juga sengaja mempersenda orang Melayu serta menimbulkan keresahan dan polemik di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Kepemimpinan PKR sanggup melakukan apa saja demi meraih sokongan rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada proses pembangunan negara jangka masa panjang.

“Saya ingin bertanya kepada Wan Azizah dan kepemimpinan PKR, adakah mereka turut menolak institusi Raja-Raja Melayu?

“Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ‘tuan’ dan selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan ketuanan Melayu, tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ketuanan Melayu sudah bermula sejak zaman Hang Tuah lagi dengan slogan 'takkan Melayu hilang di dunia'.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah berkata, ketuanan Melayu itu adalah simbolik bukan bermaksud orang Melayu mahu menjadi tuan.

"Ia bukan isu. Bila slogan itu dilaungkan bermaksud perlunya pembelaan terhadap orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Tuesday, November 23, 2010

ADUN BN mahu Harakah mohon maaf

E-Info@DRI


BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.